Senin, 05 Juli 2010


Dalam beberapa bulan
kebelakangan ini aku terbaca bermacam teori tentang Hari Kiamat oleh
pengkaji-pengkaji barat. Doomsday, Judgement Day atau apa sahaja perkaitannya
telah hangat di perbincangkan kebelakangan ini. Teori-teori oleh saintist barat
yang kebanyakkannya berkepercayaan Kristian (Protestant) berbalah pendapat
dengan Catholic. Saintist yang lebih bersikap liberal dan moden cenderung
kepada Kristian baru (Protestant) merangkakan Tahun 2012 sebagai hari akhir
zaman bakal meletus. Aku sebagai seorang islam percaya hari kiamat boleh berlaku
bila-bila masa. Tuhan sudah memberi banyak maklumat tentang kedatangannya. Cuma
tiada tarikh yang di berikan. Kita sebagai seorang islam wajib percaya tentang
kiamat tetapi tidak perlu untuk menentukan bila tarikhnya kerana hanya tuhan
yang menentukannya.





Walaupun begitu aku
tertarik untuk melihat kecenderungan saintist-saintist ini untuk membuat teori
dan ramalan kisah The Judgement Day ini. Mereka menyatakan pada tahun 2012
bakal berlaku peristiwa di mana Comet akan menghentam planet Bumi dan merupakan
kemuncak kepada apa yang di katakan sebagai kiamat. Telahan dan pendapat
beberapa forumer dan blogger yang memberikan response kepada teori ini. Mereka
mengaitkan dengan teori Mayan, Hopis dan Egyptian yang merupakan dasar
ketemadunan lama yang memberikan banyak clue atau bayangan tentang Comet 2012
yang bakal menghancurkan bumi.


Ada
sesetengahnya
memberikan bukti saintifik dan kewujudan beberapa teropong berskala gergasi
yang di wujudkan oleh NASA yang di katakan berkaitan dengan isu ini. Sesetengah
forumer yang berpendidikan kaji bintang mejangkakan kewujudan Teropong Langit
ini di South Pole adalah untuk mengkaji kebarangkalian tentang berlakunya
hentaman Komet ke atas planet bumi. Tapi mereka mensasarkan tarikh kepada 2036.
Pada 2029 mereka menjangkakan Komet itu akan menghampiri dan menuju kearah
bumi, seterusnya terdapat 1000 kemungkinan 7 tahun kemudian pada 2036 komet itu
akan menghancurkan Bumi.


Mereka memberi banyak
andaian kepada kalender Mayan dan Egyptian kuno yang menulis tentang teori 2012
berdasarkan kepada kiraan matematik kaum tersebut. Dalam jangka masa 4 tahun
akan datang bermula dari tahun 2008 berbagai bentuk perubahan cuaca akan
berlaku. Mereka mengandaikan perubahan cuaca telah bermula dengan kejadian di
Myanmar dan China di mana peristiwa bencana alam yang melibatkan Angin dan
gerakkan tanah. Kejadian rebut besar dan gempa bumi melibatkan kematian yang
besar. Sesetengah pengkaji meramalkan London bakal di landa banjir besar yang
akan menenggelamkan bandaraya itu dalam beberapa tahun ini. Sesetengah dari
pengkali ini mula memberikan map atau beberapa lokasi yang di fikirkan selamat
sekiranya penduduk London ingin lari dari melapetaka itu.



Aku bukannya inginkan spekulasi
yang menakutkan tetapi sekadar memberi bayangan tentang betapa kita semakin
menghampiri kiamat. Tetapi Cuma masanya sahaja kita tidak tahu. Jika mengikut
ramalan pengkaji tadi tahun 2036, bermakna masih ada lebih kurang 28 tahun lagi
perkara itu berlaku. Mungkin ramalan ini hanyalah sekadar ramalan biasa, kita
sebagai orang islam dan taat kepada Qada dan Qadar semestinya faham akan
situasi ini. Cuma kita mestilah sentiasa beramal sepanjang masa dan tahu
kewajipan kita kepada pencipta kita. Masanya akan datang. Ia pasti berlaku cuma
kita tidak tahu bila. Tetapi yang penting kita mesti bersedia pada bila-bila
masa.
Back to top Go down

Tidak ada komentar:

Posting Komentar